Tuesday, April 28, 2009

Pencetak monokrom jimat kos

SYARIKAT pengeluar produk pengimejan digital dan fotografi global, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru ini memperkenalkan pencetak monokrom dan warna menerusi model LBP5050 (pencetak warna) dan LBP5050N (pencetak warna dan rangkaian)

Dengan fungsi laser ekonomi, pencetak tersebut dilengkapi ciri-ciri yang lebih baik dengan mengekalkan kualiti dan kuantitinya

Model LBP5050 menyasarkan penggunaan di rumah manakala model LBP5050N sesuai untuk keperluan pencetakan di pejabat-pejabat kecil.

Selain itu, menerusi pengenalan teknologi yang dikenali On-Demand Fixing pula, pencetak tersebut tidak memerlukan masa pemanasan awal tanpa memberi kesan kepada hasil akhir cetakan.

Turut menarik perhatian, kedua-dua model berkenaan didatangkan dengan teknologi pemproses termaju, CAPT 3.0 serta Teknologi Pemampatan Kepintaran Tinggi (Hi-SCoA).

Teknologi unik tersebut membolehkan pencetak memproses memori pada komputer untuk diselaraskan bersama memori binaan dalam pada pencetak berkenaan.

Bagi percetakan pantas, kedua-dua model itu mengambil masa selama 22 saat untuk mencetak hitam dan putih bersaiz A4 dan 28 saat untuk mencetak warna dengan saiz yang sama.

Kelebihan tersebut menjadikan kedua-dua model tersebut unik dan efisien berbanding pencetak-pencetak lain yang terdapat di pasaran.

Dari segi kualiti pula, ia menawarkan resolusi dari 600 x 600 dpi hingga 9600 x 600 dpi menerusi implementasi teknologi penapisan imej automatik daripada Canon.

Dengan berat hanya 16 kilogram (kg), ia mempunyai bentuk yang menarik serta dapat menjimatkan ruang.

Canon Laser Shot LBP5050 kini ditawarkan pada harga RM1,199, manakala LBP5050N pula hanya RM1,650.

No comments:

Post a Comment