Tuesday, April 28, 2009

Pencetak monokrom jimat kos

SYARIKAT pengeluar produk pengimejan digital dan fotografi global, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru ini memperkenalkan pencetak monokrom dan warna menerusi model LBP5050 (pencetak warna) dan LBP5050N (pencetak warna dan rangkaian)

Dengan fungsi laser ekonomi, pencetak tersebut dilengkapi ciri-ciri yang lebih baik dengan mengekalkan kualiti dan kuantitinya

Model LBP5050 menyasarkan penggunaan di rumah manakala model LBP5050N sesuai untuk keperluan pencetakan di pejabat-pejabat kecil.

Selain itu, menerusi pengenalan teknologi yang dikenali On-Demand Fixing pula, pencetak tersebut tidak memerlukan masa pemanasan awal tanpa memberi kesan kepada hasil akhir cetakan.

Turut menarik perhatian, kedua-dua model berkenaan didatangkan dengan teknologi pemproses termaju, CAPT 3.0 serta Teknologi Pemampatan Kepintaran Tinggi (Hi-SCoA).

Teknologi unik tersebut membolehkan pencetak memproses memori pada komputer untuk diselaraskan bersama memori binaan dalam pada pencetak berkenaan.

Bagi percetakan pantas, kedua-dua model itu mengambil masa selama 22 saat untuk mencetak hitam dan putih bersaiz A4 dan 28 saat untuk mencetak warna dengan saiz yang sama.

Kelebihan tersebut menjadikan kedua-dua model tersebut unik dan efisien berbanding pencetak-pencetak lain yang terdapat di pasaran.

Dari segi kualiti pula, ia menawarkan resolusi dari 600 x 600 dpi hingga 9600 x 600 dpi menerusi implementasi teknologi penapisan imej automatik daripada Canon.

Dengan berat hanya 16 kilogram (kg), ia mempunyai bentuk yang menarik serta dapat menjimatkan ruang.

Canon Laser Shot LBP5050 kini ditawarkan pada harga RM1,199, manakala LBP5050N pula hanya RM1,650.

Saturday, April 18, 2009

Lindungi pangkalan data

PENERAJU dan pembekal utama penyelesaian pengurusan ancaman bersepadu (Unified Threat Management (UTM)), Fortinet baru-baru ini mengumumkan fungsi-fungsi baru peralatan keselamatan pangkalan data FortiDB. Ia bertujuan menambahkan lagi keupayaan pemantauan dan pengauditan kepada sistem penyelesaian taksiran kerentanan (vulnerability assessment, VA) yang diperkenalkan tahun lepas. Peralatan baru tersebut membolehkan pemantauan 24 jam atau mengikut jadual serta penjejakan audit yang lengkap bagi membantu organisasi-organisasi menunaikan pematuhan kawal selia seperti PCI-DSS (Payment Card Industry-Data Security Standard). Dengan penggabungan alat VA yang sedia ada, FortiDB baru berupaya menawarkan set peralatan yang lebih menyeluruh. Ia melindungi pangkalan-pangkalan data korporat yang semakin menjadi sasaran aktiviti-aktiviti penjenayah disebabkan data simpanan yang berharga.
Selain peralatan FortiDB-1000B yang telah dilancarkan sebelum ini, Fortinet juga menampilkan dua lagi model baru dalam siri produk FortiDB, iaitu FortiDB-400B dan FortiDB-2000B, untuk melengkapkan barisan produk keselamatan pangkalan datanya yang bersesuaian untuk perusahaan kecil, sederhana dan besar. Dengan itu, FortiDB direka dengan menggabungkan fungsi-fungsi pangkalan data yang kritikal kepada satu platform untuk menawarkan nilai terbesar kepada organisasi-organisasi pelbagai saiz. Set Peralatan Keselamatan Pangkalan Data Yang Menyeluruh Barisan produk-produk FortiDB menawarkan tiga perkakasan yang berbeza untuk menghalang pencurian data proprietari dan peribadi dari sumber-sumber luaran dan dalaman, termasuk mereka yang mungkin muncul sebagai pengguna yang sah: l Pengawasan Aktiviti Pangkalan Data 24 Jam (Database Activity Monitoring, DAM) - Untuk menunaikan keperluan pematuhan, syarikat-syarikat mesti melaksanakan kawalan untuk mencegah kesalahan atau penyalahgunaan data sepanjang masa. Perkakasan FortiDB mambuat pemantauan berterusan 24 jam atau mengikut jadual untuk mengandam pelbagai aktiviti pangkalan data dari pentadbiran ke aktiviti pengguna. Pengauditan Pangkalan Data - Merekod aktiviti pangkalan data untuk jejak audit yang lengkap dan tepat; storan data tersendiri yang memberikan lapisan keselamatan tambahan untuk kewibawaan audit. Taksiran Kerentanan - Diperkenalkan tahun lepas melalui FortiDB-1000B, 'mengeraskan' pangkalan data dengan mengesan kelemahan kata laluan, pengaksesan keistimewaan dan penetapan tata rajah; memberi amaran kepada pentadbir sistem mengenai ancaman berpotensi; dan menawarkan nasihat pemulihan. Kawalan automatik dan berpolisi mengurangkan masa pentadbir pangkalan data (DBA) dengan menyingkirkan proses manual dan mengurangkan pendedahan sekiranya DBA berhenti kerja.

Untuk maklumat lanjut tentang sistem penyelesaian keselamatan pangkalan Fortinet, sila layari: http://www.fortinet.com/products/fortinet_database.html.